Syarikat Double Endorse Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjayakan aspirasi kerajaan berkenaan kawalan bahan Petroleum yang disubsidikan oleh kerajaan melalui menjual bahan petroleum (minyak petrol dan diesel) tanpa subsidi bagi tujuan industri dan penggunaan bukan warganegara Malaysia di sempadan negara.
Berdaftar sejak 2009 dan telah beroperasi lebih dari 10 tahun, syarikat ini telah terbukti berjaya dan membantu kerajaan dalam mengekang kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi terutama di sempadan negara. Melalui inisiatif dan dasar kerajaan yang menjaga keistimewaan rakyat Malaysia melalui subsidi dan mengelakkan ketirisan wang negara yang disalah guna oleh pihak bukan warganegara maka wujud syarikat ini sebagai salah satu program perintis yang dijalankan sesuai dengan dasar kerajaan.
Melalui kewujudan syarikat ini, kenderaan perdagangan yang plat pendaftaran kenderaan bukan warganegara dapat mengisi minyak tanpa subsidi dan tiada sebarang masalah dari segi penyeludupan disamping membantu merancakkan ekonomi negara melalui perbelanjaan di negara ini.